Salam Aidil Fitri
Posted Fri 12 Oct 2007 @ 04:47
Baru tengok pengumuman di laman web masjid yang esok Jumaat ialah Hari Raya Aidil Fitri. Ingatkan hari Sabtu, rupanya lebih cepat lagi.
Tapi sebab orang Melayu lain pun mesti bekerja juga, hari Sabtulah baru boleh pergi rumah orang. Budak-budak pun akan pergi sekolah macam biasa. Bila petanglah baru kami beraya. Kebetulan adik ipar akan datang sini esok, sempatlah dia beraya. Kalau raya hari Sabtu dia akan beraya di udara, tapi sebab sini raya hari Jumaat, sempatlah dia beraya di sini walaupun tak sempat di Malaysia. Nasiblah kena bertugas di hari raya. Yang paling suka hati bila dia datang ialah anak-anak saudara di sini yang dapat bekalan dari Malaysia - bukan kuih raya tapi makanan ringan Malaysia seperti Twisties, Kopiko, Mister Potato dan adik-beradiknya.
CB suka sangat hati tak payah bangun sahur pagi esok. Letih bangun dan kurang tidur. Aku kata kat dia tak baik melompat-lompat nak raya. Orang masa Ramadhan ni suka sebab dapat pahala lebih bila beribadah. (Sebenarnya masa aku kecil dulu pun sama juga suka hati melompat bila nak raya, malah lebih lagi dengan main bunga api dan sebagainya.) Dalam kelas dia ada 4 orang Islam, tapi dia seorang saja yang puasa jadi banyaklah soalan dari kawan-kawan. Di Jepun dulu lagilah pelik, satu sekolah, dia seorang saja yang puasa.
Aku pula memanglah rugi, sebulan tak puasa. Semput tu nak mengganti tambah pula dengan menyusukan anak. Kenalah ganti puasa sikit-sikit nanti.
Aimi baru saja pergi cucuk BCG semalam, jadi dia kurang sihat. Badan agak panas dan malam tidurnya kurang nyenyak. Dah lahir cepat, dapatlah dia beraya. Pakai baju tiny baby sajalah. Mak dia pun bolehlah beraya dengan baju kurung, tak payah jadi mak buyung.
Ok, Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat tiba di kampung.

Posted Fri 12 Oct 2007 @ 10:25
takpe nanti boleh loose weight ganti posa... i turun 4kg gara-gara ganti posa ... maklumla 22 days...
|
Posted Sat 13 Oct 2007 @ 01:23
mesti takn nampak macam dalam pantang pun raya ni. :D
selamat hari raya nectar. mintak maaf jika ada menyinggung perasaan nectar sepanjang berkenalan

Posted Sat 13 Oct 2007 @ 02:47
Met idul Fitri kak nectar sekeluarga.. tium sayang untuk adik Aimi yg comel...
|
Posted Tue 30 Oct 2007 @ 12:32
Lama tak dgr berita. Dah di UK rupanya. Congrats on the new addition. Staying near your sil I guess. Send my regards to them...just tell your bil MMBM's family who lives in PH.
|
Posted Thu 1 Nov 2007 @ 03:48
akak..remember me???
i never know that
1) u no longer in Japan
2) U have new addition in family, congrates for Aimi comel sgt...
3) in UK now...gagagaga
that shows how I am so way behind..grrrrr..
still not to late to say selamat hari raya to u n family and do hope to cacth up with u is till can remember our short meet upin KL last few years kan...mcm ages ago!

beelove shared this...